Saturday, September 18, 2010

ZANJABILA

Zanjabila adalah produk kesihatan keluaran Aiman Syabil Enterprise. Masih dalam proses pre-production.Insyaalah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.Harga cuma RM 20.00 sebotol.
Halia adalah satu jenis minuman yang ALLAH nyatakan ada didalam syurga,seperti ayat dibawah:

(17. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe ( zanjabila @ halia ). ( Surah Al-Insan ) Ayat 17 )

Friday, June 18, 2010

Koleksi Dan Hobi

Skrip-skrip buku Untuk Di Terbitkan ( Penulis al-Fakir- al-Khaqir-al-Jahilul Muqoshir as-Syeikh Hj. M.A.Bawazir ( al-Hasyimi)

Bahagian “A”
1. ‘IKHLAS’ sebagai SILAKHUL MUKMININ
Ikhlas dalam amalan itu merupkan Senjata Orang-orang Mukmin, kerana ikhlas merupakan kunci menuju suatu ilmu yang dinamakan Ilmu musyahadah, yang pernah dimiliki dan diamal oleh orang-orang arif Billah pada zaman silam. Pada hari ini ilmu yang pernah digeruni oleh kaum penjajah British pada masa itu, boleh dikata hampir terkubur (hamper hilang) Padahalnya ianya merupakan ilmu yang paling tinggi dalam sukatan pengajian Ilmu Allah, sepertimana yang pernah dimiliki oleh orang-orang Melayu dahulu kala, .yang tidak dapat dimiliki oleh orang-orang kafir.

2. SYARAH NAQSYABANDI
Asal kitab ditulis dalam bahasa Jawa oleh AlHaj Abdul Qudus Taubani pada tahun 1297 H di Mekkah dan diterjemahkan oleh penulis – Mengandungi kaifiyat thariqat Naqsyabandiah dan zikir-zikirnya serta nasihat atau petua-petua pada murid-muridnya. Dilengkapi dengan sejarah asal-usul thariqat ini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa dia dan bagaimana thariqat Naqsyabandi yang asal, bacalah buku ini.

3. SYARAH AL-WALA dan AL-BARO
tuntutan pada setiap mukmin)
Al-Wala dan Al-Baro merupakan satu tuntutan kepada setiap muslim. Sebenarnya banyak tuntutan yang perlu diketahui oleh setiap muslim demi menyelamatkan agamanya, dan demi kesejahteraan ummah. Apabila Al-Wala dan Al-Baro tidak lagi diamal oleh umat Islam maka terjadilah kekacauan dan kerosakan yang besar dimuka bumi ini. Demikian pendapat Ibnu Katsir. Buku ini perlu dibaca oleh setiap muslim yang ingin mengetahui lebih dalam lagi Al-Wala dan Al-Baro. Baik dibaca oleh cendekiawan muslim untuk penelitian

4. PERBEZAAN ‘QURBAN dan AQIQAH’
Cara-cara menyembelih haiwan qurban dan perbezaannya dengan Aqiqah (masyarakat menamakannya kekah) Kitab ini perlu dimiliki oleh setiap muslim baik sebagai penambah ilmu atau sebagai bahan bacaan berlatar belakang agama dan juga baik sebagai bahan bacaan di perpustakaan. Bagi mereka yang ingin mendalami tentang cara-cara sembelihan haiwan baik sembelihan biasa, qurban atau aqiqah bacalah buku ini, terutama mereka yang duduk di sekolah-sekolah agama. Buku ini juga baik untuk dijadikan bacaan kurikulum tambahan dalam pengajian Islam di sekolah-sekolah.

5. PETUA HAJI MABRUR 2
Pergi Haji merupakan tuntutan kelima dalam pilar Rukun Islam. Ianya merupakan satu ibadah yang memerlukan kekuatan mental dan fizik serta Ilmu yang mendukung bagi mendapatkan Haji Mabrur, seperti yang dicita-citakan setiap bakal Haji. Sabda Rasulullah saw. :
اَلْعُمْرَةَ اِلََى اْلعُمْرَةِ كَفَاَرَةَ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورَ لَيْسَ لَهُ جَزَاءً اِلاَّ اْلجَـنَّه
(alUmratu ilal Umrati kafarotu lima bainahuma walhajja mabruru laysa lahu jazaun illa jannah) MAKSUDNYA Antara Umrah ke Umrah adalah penghapusan dosa dan Haji yang mabrur tidak ada pahala padanya kecuali syurga. Buku ini mengandungi langkah-langkah yang praktis untuk mencapai Haji Mabrur yang dimaksudkan itu. Banyak rahsia dan hal-hal yang harus diketahui dan diamalkan untuk mendapatkan Haji Mabrur. Semuanya tertulis dalam buku ini

6. AMAL IBADAH dan MUSUHNYA
Buku ini mengandungi peringatan kepada kita semua, agar berwaspada sebab adakalanya amal ibadah yang kita lakukan itu adakalanya tanpa disedari telah dicemari oleh musuh iaitu ‘perosak amal’ yang kita lakukan. Dalam satu kaedah, untuk mengalahkan lawan, adalah terlebih baik jika kita mengetahui kelemahan-kelemahan lawan itu. Banyak sekali hadist-hadist sahih tergolong hasan disabdakan oleh Nabi saw. yang sifatnya memberitahukan kepada kita tentang adanya amal-amal ibadah seorang hamba yang tertolak kerana ‘rosak amalan’ samada disedari atau tidak, sehingga menjadikan ianya muflis di akhirat nanti. Perlu dibaca oleh setiap mukmin pencari kebenaran,

7. SHOLAT YANG BOLEH CEGAH perbuatan KEJI DAN MUNGKAR
ِانَّ الصَّلاَةَ تَنْهـَى عَنِ الْفَحْـشَاءِ وَالْمُنْكَـَرِ
Firman Allah swt. Mafhumnya:”Sesungguhnya sholat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” (Ankabut 45)
Sholat yang bagaimanakah yang dapat mencegah perbuatan keji dan munkar? Inilah pertanyaan dan jawabannya itu tidak sekedar jawaban akademik. Katagori sholat yang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar itu ialah sholat yang benar-benar mengikuti rukun sahnya sholat mengikut syarak dan juga meliputi rangkaian ilmu metafizika / tasauf yang insha Allah kesemuanya terjawab dalam buku ini. Ikuti seluruh kandungannya.

8. KHUSYUK dan HADIR HATI dalam SHOLAT – RAHSIANYA
Bagaimana mendatangkan khusyuk serta hadir hati di dalam sholat? Beberapa
kaedah yang biasa diamalkan oleh para salihin mengikut tatacara sifat-sifat
sholat yang dilakukan oleh Nabi saw. Dalil-dalil dalam konteks sholat seperti
wajib mengetahui apa yang dibaca dan syarat-syarat sahnya sholat.Perbuatan makruh dalam sholat dan perintah menjauhinya. Juga diterangkan golongan-golongan orang yang sholat. Baca keseluruhannya.

9. HUKUM dan ADAB serta HIKMAH SHOLAT 3
Kewajiban menyempurnakan rukun sholat dan perbuatan yang disunatkan dan yang membatalkannya. Sholat yang diterima Allah swt. Dzikir yang dikhususkan pada sholat shubuh dn maghrib Hikmah yang dibaca dan perbuatannya dalam sholat. Nama-nama dan sifat-sifat Allah yang terkandung dalam sholat –Rahsia berdoa dalam sholat bacaan qunut dalam sholat fardhu dan lain-lainnya. Semuanya lengkap dijelaskan dalam buku ini.

10. MENGENAL 73 FIRQAH
Rasulullah saw. bersabda: (mafhumnya) ”Umatku berpecah 73 firqah, kesemuanya masuk neraka kecuali satu” Buku ini memperjelaskan satu demi satu adanya 73 firqah yang disabdakan Nabi saw. tersebut. Bermula dengan perpecahan awal beberapa hari sebelum kewafatan Nabi saw. dan seterusnya.

11. MAKAM MUTAQIEN
Buku ini berisikan nasihat-nasihat berharga bagi mencapai darjat atau makam taqwa yang sebenar. Digali dari al-Quran dan Hadist-hadist sahih. Juga dari Kitab-kitab al-Ghazali. Memberi petunjuk adanya lapisan-lapisan nafsu jahat yang mendekam di dalam hati manusia. Kaedah-kaedah menentangnya. Baik sebagai bacaan umum yang boleh mempertingkatkan lagi ketaqwaan pada Allah swt.

12. AYAT – AYAT BERKENAAN MALAIKAT dan JIN DALAM AL-QURAN
Satu-satunya kitab khusus untuk rujukan berkenaan ayat-ayat dalam Al-Quran yang berhubungan atau berkenaan malaikat dan jin. Menarik untuk dibaca sebagai pengetahuan tambahan dalam menambah lagi pengetahuan tentang adanya mahluk-mahluk halus tersebut yang wajib kita yakini Dengan meyakini yang ghaib itu akan bertambahlah keimanan yang terkandung dalam Rukun Iman pada amnya. Dalam pada itu pada setiap ayat disertakan penjelasan makna, maksud serta hikmahnya.

13. SYARAH BIDAYATUL HIDAYAH
Pembahasan syarah Kitab Bidayatul Hidayah ini adalah kitab julungkali, yang sangat diharap-harapkan oleh pembaca, kerana kandungannya merupakan mutiara yang amat bernilai. Dengan adanya petunjuk-petunjuk yang amat berharga pada setiap muslim khususnya pada para pembaca, adalah diharapkan agar para pembaca dapat mengambil mutiara bimbingan hikmah menuju ketaqwaan dalam mencari keridhaan Allah swt.

14. NURUL HIDAYAH
Diambil dari al-Quran, Hadist dan Riwayat para sahabat sebagai asasnya . Buku ini adalah memberitahukan pada pembaca bagaimana seorang salik merindukan mendapat Nur Hidayah. Melalui amalan harian yang biasa dikerjakan. Insya Allah seseorang akan merasakan bagaimana Nur cahaya Ilahi telah mulai memasuki lubuk hatinya, setelah menjalani latihan kerohanian yang dianjurkan dalam buku ini. Bacalah sepenuhnya.

15. HIMPUNAN AMALAN agar BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW.
Ini adalah buku yang mengandungi 25 amalandan riyadhah-riyadhah tertentu agar berpeluang dapat bertemu Rasulullah saw dalam mimpi. Secara tidak langsung amalan-amalan itu juga akan membantu dalam pembentukan kesucian jiwa raga seorang muslim. Nabi saw. bersabda yang mafhumnya barangsiapa bermimpi bertemu aku, maka ia telah bertemu aku sebenarnya (yaqadhah), kerana syaithan tidak akan dapat menjelmakan diri seperti aku.

16. HUKUM HAKAM ZAKAT dan MACAMNYA
Satu-satunya buku yang memberi penjelasan tentang zakat dan macamnya. Buku ini baik dimiliki oleh setiap muslim Juga baik jika dijadikan rujukan dan perisian kurikulum dalam bidang Agama di sekolah-sekolah. Kandungan buku ini mengupas perihal zakat-zakat tertentu yang wajib diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya. Penjelasan terperinci darihal zakat harta, tanaman tertentu, haiwan tertentu, logam tertentu seperti emas dan perak, dan lain-lain lagi yang terkena wajib zakat termuat seluruhnya dalam buku ini, Masa-masa yang ditentukan untuk menjelaskan zakat pada delapan asnaf yang disahkan mengikut syarak. Satu-satunya buku yang jarang kedapatan di kedai-kedai buku. Padahalnya zakat wajib diketahui oleh setiap muslim.

17. SHOLAT JAMAK DAN QASAR
Inilah buku yang memberi penjelasan tentang sholat jamak dan qasar dan syarat-syaratnya, secara mendalam, mengikut jamhur Ulama. Baik dibaca sebagai bacaan Ilmu Pengetahuan Agama dan juga baik untuk buku rujukan para musafir. Juga diterangkan syarat sahnya sholat jamak dan qasar. Bolehkah sseorang menjamak dan mengkasarkan sholat jika keluar dari rumahnya itu tidak berniat musafir? Banyak lagi masalah berkaitan sholat jamak dan qasar diperjelaskan dalam buku ini. Ikuti kandungan seluruhnya.

18. IMAM dan JAMA’AH
Dalil-dalil sputar kewajiban menegakkan jama’ah di masjid. Hakikat jam’ah dan bilakah permulaan Nabi saw. mendirikan sholat berjamaah? Hukum berjamaah dan ancaman bagi yang meninggalkannya tanpa uzur syar’i. Syarat menjadi Imam dan sifat-sifatnya . Juga diterangkan hukum-hukum mengeras atau merendahkan suara pada bacaan-bacaan tertentu. Ikuti sepenuhnya dalam buku ini.

19. SHOLAT JUM’AT dan I’ED (Hari Raya)
Sholat Jum’at dan sholat Ied adalah keperluan asas sosial dalam Islam. Bezanya sholat Ied itu lebih besar motivasi sosialnya (nadhifah) daripada sholat Jum’at. Ianya bukan semata-mata acara penyembahan kepada Allah swt. bahkan lebih dari itu, yakni untuk perpaduan sesama umat.
Kedudukan sholat Jum’at dan Ied. Siapakah yang patut jadi Imam? (syarat-syaratnya) Siapa yang wajib dan siapa yang terlepas dari solat Jum’at dan I’ed. Bagaimana rukun khotbah dan apakah solat-solat sunat sebelum dan sesudah solat Jum’at itu ada? Bilakah permulaan solat Jumat dan Ied diadakan oleh Nabi saw. Hikmah kedua-dua sholat tersebut dijelaskan dalam buku ini

20. SHOLAT KUSUF, KHUSUF, ISTISQA dan AYAT(adab mendirikannya)
Sholat Kusuf itu solat kerana terjadi gerhana matahari Shokat khusuf itu sholat kerana terjadi gerhana bulan, Sholat istisqa itu sholat memohon hujan, kerana kemarau berlanjutan dan sholat ayat itu ialah sholat kerana adanya fenomena kehancuran seperti gempa bumi, tsunami, tanah longsor, kebakaran, kebanjiran dan lain-lainnya yang menakutkan. Buku ini memperjelaskan bagaimana mendirikan sholat tersebut, disertai penjelasan latar belakangnya, seperti riwayat dan sebagainya.

21. FADHILAT SHOLAT-SHOLAT WAJIB dan SUNAT
Fadhilat sholat-sholat wajib dan sunat, dimulakan dengan fadhilat sholat lima Fadhilat sholat solat berjamaah, Fadhilat sholat jenazah, Fadhilat sholat taubat Fadhilat sholat dhuha Fadhilat sholat malam Fadhilat sholat dibulan Ramadhan, Fadhilat sholat sholat subuh dan Asar. Fadhilat sholat witir, Fadhilat sholat sunnat Fadhilat sholat dhuhur dan sunnat sebelum Ashar, syarat mendapatkan fadhilat jamaah yang duapuluh tujuh Fadhilat sholat rwatibsh , Fadhilat sholat dhuha, Fadhilat sholat janazah dan banyak lagi.

22. SEBAB-SEBAB MENINGGALKAN SHOLAT(tinjauan berbagai sudut ilmu)
Fenomena meninggalkan sholat terutama sholat subuh adalah satu gejala kerosakan agama seseorang. Walaupun setiap hari didengungkan “asholatu khoiru min nan naum” sholat itu lebih baik dari tidur. Tapi masih tetap juga tidak berubah. Apatah lagi di zaman yang konon serba canggih sekarang ini. Kelihatannya kecanggihan yang direka itu malah memberi akibat atau dorongan menuju kearah kehancuran ahlak. Juga ada faktor-faktor lainnya yangmenyebabkan seseorang itu rasa malas hendak sholat seperti faktor pemakanan dan kesuntukan masa kerana memburu duit ringgit. Maka sungguh beruntung orang-orang yang diberi kecekalan iman dalam masa sekarang ini. Buku ini MENERANGKAN secara jelas mengapa seseorang itu meninggalkan sholat dan cara mengatasinya . Ikuti selanjutnya. Selamat membaca.

23. MENGURUS JENAZAH LENGKAP
Buku ini bukan hanya sekadar mengurus jenazah secara lengkap, dari memulakan membuang kotoran najis, memandikan, mengkafankan dan mensholatkan mayat, tapi lebih dari itu. Yakni diterangkan dalam buku ini mengikut hadist-hadist yang sahih mana-mana yang wajib, sunat dan makruh dan mana yang termasuk bidaah dalam menyelenggarakan pengkebumian jenazah. Selamat membaca.

24. ASAS-ASAS ILMU HADIST dan BEBERAPA TOKOHNYA
Buku ini menerangkan Asas-asas ilmu hadist yang amat berguna bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu hadist. Juga disebutkan beberapa tokoh-tokoh hadist samada penulis atau perawinya. Oleh kerana hadist- hadist itu mula ditulis sejak zaman Muawiyah lebih kurang seratus tahun selepas kewafatan Nabi saw, maka sejak itu muncul pula kaedah ilmu hadist untuk membahagi-bahagikan kesahihan antara hadist-hadist yang ada, seterusnya muncul pula kalangan ahli-ahli hadist ketika itu sebagai rujukan untuk menapis kesahihannya. Demikian itu berkembang terus dari satu dekad ke satu dekad, hinggalah ke zaman Daulah Abbasiyah. Dalam buku ini akan diterangkan secara jelas perkembangannya.

25. DOA-DOA DALAM AL-QUR’AN - bagi mengelak segala macam kedukaan
Kitab khusus yang mengandungi berbagai doa digali dari dalam Al-Quran bagi mengelakkan dari berbagai bala bencana dan kepedihan hidup. Sangat baik jika diamalkan untuk dibaca sebagai doa harian.

26. ILMU FARAID (pembahagian harta waris)
Faraid atau pembahagian harta waris merupakan ilmu yang penting tetapi kurang terdedah di masyarakat. Terdapat perbezaan pandangan dalam pembahagian waris ini, seperti pandangan Imam Syafi’i dan Imam Hanafi juga para tokoh Imam-imam lainnya. Mereka tidak sependapat dalam beberapa kes pembahagian harta. Ikuti selanjutnya.

27. SHOLAT TARAWIKH (dalam bulan Ramadhan)
Sholat Tarawikh pada bulan Ramadhan adalah salah satu cara mengimarah kan masjid Sholat tarawikh bersama yakni berjamaah di masjid-masjid itu bermula diamalkan sejak zaman pemerintahan Amirilmukminin Omar al-Khatab (634-644M) Buku ini memperjelaskan riwayat asal-usul sholat Tarawikh yang diamalkan secara berjamaah. Bagaimana sholat tarawikh sebelum dan sesudah zaman Amirilmukminin Omar al-Khatab. Terdapat di dalamnya doa-doa sholat tarawikh yang dilaksanakan berjamaah, dan penilaian-penilaian tertentu mengenainya.

28. KENDURI TAHLIL(sampaikah kepada arwah?)
Tahlil atau mengirim doa daripada orang yang masih hidup kepada si mati atau arwah, menjadi perbincangan yang hangat di masyarakat. Adakah amalan kenduri arwah itu sampai atau tidak. Buku ini mendedahkan secara jelas mengikut nas-nas dan hadist-hadist tertentu yang ada kaitannya samada Kenduri Arwah yang dimaksudkan itu sampai atau tidak. Juga memperjelaskan latar belakang sejarah permulaannya kenduri arwah itu diamalkan oleh masyarakat Melayu.

29. MANAQIB dan WASIAT SYEIKH ABDULQADIR JAILANI
Manaqib ertinya kebaikan-kebaikan dan Manaqib Syeikh Abdul Qadir Jailani maknanya riwayat hidup beliau, yang menggambarkan amalan-amalan yang baik dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Termasuk juga keajaiban-keajaiban yang berlaku keatas diri beliau yang berupa beberapa karomah. Dalam pada itu Syeikh Abdul Qadir Jailani juga memberi peringatan yang yang berupa wasiat kepada murid-muridnya agar terselamat di dunia dan mendapatkan ‘falah’ kejayaan di akhirat kelak.

30. KUNCI TERBUKANYA PINTU REZKI 7
Rezki yang diberi Allah itu terlalu banyak, sehingga tak sanggup manusia menghitungnya. Kadangkala rezeki yang diberi Allah swt. berbentuk kesihatan tubuh badan, kadangkala berbentuk banyaknya anak pinak dan sebagainya. Namun rezki yang dilihat dari sudut kewangan, seperti kesempitan rezki, pada hakikatnya merupakan ujian dari Allah swt. Kadangkala ujian yang diberikan keatas sseorang itu berat, tetapi masih tidak dapat menyedarkan, bahkan ada yang semakin jauh dari Allah. Padahalnya Ujian yang ditimpakan itu, seperti “sempit rezki” bertujuan agar orang itu berusaha untuk kembali mengingati Allah swt. Dengan berdoa, berdzikir dan lain sebagainya. Terbukanya pintu rezki merupakan suatu keadaan yang sangat diharap-harapkan oleh seseorang yang sedang menghadapi kesusahan hidup. Juga merupakan pemberian khusus dari Allah swt. kepada mereka yang berdoa memohon rezki dengan ikhlas. Maka dengan kesungguhan dan keyakinan disertai ketaqwaan dalam berdoa itu insya Allah akan dikabulkan doanya itu. Buku ini baik dimiliki oleh mereka yang menginginkan terbukanya pintu rezki terutama kepada para peniaga. Insya Allah.

31. 7 KUALITI SHOLAT
Sholat yang dilakukan seseorang itu mempunyai nilai atau kualiti tertentu. Terdapat berbagai kategori dan kualiti dalam menghadap Allah swt. Ada yang biasa sebagaimana yang dilakukan oleh orang lain, ada yang lebih tinggi dari itu dan bahkan ada yang khusuk, khusuk dan tawadhu dan berbagai macam istilah dalam menentukan kedudukan sholat. Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana mencapai kedudukan sholat yang berkualiti

32. YANG TERSIRAT DALAM FATIHAH
Surah Fatihah mempunyai banyak keistimewaan dan hikmah. Dalam pada itu ia juga mengandungi ilmiah yang tersirat disebalik tujuh ayat itu. Seyogyanya setiap mukmin mengetahui dari apa-apa yang tersirat dalam surah Al-Fatihah itu. Sebagi contoh Selain dari dibacanya surah Fatihah dalam sholat itu sebanyak 17 kali sehari semalam, sedarkah kita bahawa dalam surah al Fatihah juga ada 17 alif. Apakah rahsia yang tersirat ? Selain dari itu kita telah berikrar janji 17 kali sehari semalam bahawa janjinya itu : “Segala puji-pujian itu hanyalah untuk Allah” Namun apa realitinya? Sedarkah kita ketika sedang asyik memuji-muji selain Allah? Kesemuanya akan terjawab dalam buku ini. Dalam pada itu diterangkan juga hikmah dan khasiat surah al-Fatihah. Insya Allah bermanafaaf pada semua yang menginginkan sirath atau jalan yang lurus.

33. MUTMAINAH (seperti tenangnya air dalam buyung)
Mutmainah itu suatu kedudukan atau makam ketenangan jiwa atau nafs sesudah mengalahkan beberapa tingkatan nafs yang rendah Dari nafsu yang angkara murka menjadi nafsu yang tenang, sehingga hilang sifat-sifat resah gelisah. Mereka yang telah sampai ke martabat nafsu mutmainah dijamin seratus peratus memasuki syurga Allah seperti termaktub dalam surah al –Fajr 27-30:
يَـأَيـَّتـُهَا النَفـْسُ الْمُطْمَئـِنَّـه اِرْجِئِ اِلَى رَبـّـِكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِى فِى عِبَدِىْ وَادْخُلِى جَنَّـــتِى
(Wahai orang yang bernafsu mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan rasa lapang dan gembira, dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu dalam syurga) Zikir mereka pada martabat ini telah lekat dihati dan ingatannya bersama Allah setiap masa. Inilah pintu pertama yang harus dilalui untuk mencapai makam Arifbillah. Sila baca dan cari muamalatnya.

34. WIRID DOA dan AMALAN ZIKIR HARIAN
(PAGI –PETANG)
Doa dan amalan zikir harian sangat baik diamalkan oleh setiap muslim, agar selalu mendapatkan perlindungan dari Allah swt, dan dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka yang akan menimpa. Wirid dan doa-doa zikir yang diamalkannya itu semuanya diambil dari Alquranul Kariem. Hikmah wirid dan doa-doa ini adalah sangat besar pada pertumbuhan jiwa. Jiwanya akan merasa tenang sepanjang masa. Subhanallah. Sangat baik dimiliki oleh setiap keluarga untuk diamalkan.

35. STRATEGI JIHADUNNAFSU
Jihad yang paling berat adalah melawan hawa nafsu. Justru itu dalam buku ini memberi penjelasan secara terperinci langkah-langkah awal dan seterusnya sebagai strategi untuk melawan hawa nafsu. Banyak orang yang terkandas dalam melawan hawa nafsu, kerana tidak mengenal kaedah atau strategi awalnya, yang menyebabkan salah langkah dan untuk sekian lamanya masih diumbang ambingkan oleh gelora hawa nafsu, yang berpunca dari dalaman dan luaran. Buku ini mengajak para pembaca untuk meneliti dan mengikuti langkah-langkah bagi mengalahkan hawa nafsu. Insya Allah dengan usaha dan ikhtiar yang berkelanjutan cita-cita untuk menentramkan hati tercapai. Buku ini baik dibaca oleh mereka yang sedang mencari cahaya kebenaran.

36. LAPISAN – LAPISAN NAFSU
Lingkaran nafsu manusia itu ada tujuh, bermula dari nafsu amarah, nafsu lawamah. Nafsu mulhamah, nafsu mutmainah, nafsu rodhiyah, nafsu mardhiyah dan nafsu kamaliyah. Bagi orang awam kedudukan nafsu seseorang itu akan mempengaruhi gerak gerik dan kehidupannya. Dan yang dijamin Allah keselamatan seseorang itu baik di dunia ataupun di akhirat nanti apabila seseorang itu telah mencapai nafsu mutmainah semasa hidupnya. Bahkan oleh Allah dijamin surga baginya. Dalam buku ini akan diterangkan kedudukan dan kebiasaan nafsu-nafsu yang kesemuanya ada tujuh nafsu. Walaupun buku ini berlatar tasawuf, namun baik juga dibaca sebagai pengetahuan kerana didalamnya banyak contoh-contoh perilaku yang mencarik adat yang pernah dialami oleh orang-orang Melayu yang salih pada zaman penjajahan British, pada satu ketikanya dahulu. Buku ini sangat baik dimiliki oleh generasi hari ini. Menarik dibaca oleh pencari kebenaran.

37. SYAITHAN dan KARIBNYA YANG TERKUTUK
Buku ini menerangkan secara terperinci langkah-langkah syaithan menggoda anak cucu Adam, sejah dilahirkan sehingga sampai nafas di khulkum., yakni saat-saat penting ketika roh akan meninggalkan jasad. Dimasa itulah terjadi perang tanding yang maha dahsyat, antara aku sebenar melawan syaithan iblis laknatullah. Sekiranya si hamba tadi dapat mengucap diakhir hidupnya maka sungguh beruntung, sebaliknya jika tidak dapat mengucap pada saat roh dicabut pastilah mengalami kerugian yang berterusan. Dalam buku ini diterangkan secara jelas bagaimana syaithan ‘step by step” memasang jeratnya dari sejak lahirnya bayi hinggalah menjadi anak dewasa dan menjadi orang tua, jerat perubahan yang tidak terasa itu berlaku dari masa ke masa sehinggalah ke batas ajal, sebelum perkhidmatan hidup ditamatkan.

38. HIKMAH dan RAHSIA SURAH IKHLAS
Surah Ikhlas bukan sahaja merupakan suatu surah yang berisikan tauhid, bahkan ia menerangkan secara jelas kesucian Allah swt, yang tiada beranak dan tiada diperanakkan. Setengah penafsiran ahli sufi menerangkan kandungan rahsia surah Ikhlas dalam bentuk yang berlaiinan. Surah ini juga mempunyai hikmah dan khasiat yang amat besar. Ikuti bacaannya dalam buku ini, sebagai bacaan yang bermanafaat. Bacalah buku ini untuk lebih jauh mengenal perangkap dan jerat yang dipasang oleh para syaithan dan karibnya.

39. MARI MEMPERBAIKI SHOLAT
Sholat merupakan kewajiban yang harus dipatuhi oleh setiap muslim, kerana sholat merupakan amalan spiritual yang praktis bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. Jika sholat seseorang itu baik dan lulus, maka amal-amal lainnya mudah sahaja lulus. Sebab itulah memperbaiki sholat itu merupakan hal yang amat penting berbanding memperbaiki rumah atau kereta, sebab hasil dari sholat yang baik itu tetap akan bersema di dalam jiwa seseorang yang akan menjadi memory dibawa keliang lahat bersama dengan jasad yang baru bernama nasmah. Nasmah ini membawa segala amalan-amalan didunia bahkan bukan sahaja membawa malah apa yang dibawa itu menjadi objek yang terus dimilikinya yang pada akhirnya membentuk semacam lembaga yang elok sebagai teman dalam kubur. Di akhirat kelak sholat yang tidak baik akan menjadi bahan kain yang amat lusuh yang dilemparkan kearah muka pemilik sholat itu. Sebab itu marilah kita memperbaiki sholar sempena kita masih bernyawa dan hidup dimuka bumi ini. Dapatkan buku ini.

40. JALAN MENUJU MUKASYAFAH terbukanya hijab)
Inilah jalan yang pernah ditempuh oleh para auliya Allah, yang juga menjadi harapan yang sangat-sangat diinginkan oleh setiap muslim. Mukasyafah ertinya orang yang memiliki pandang tembus dengan izin Allah swt. Baik dahulu maupun sekarang mukasyafah itu tetap ada, Cuma sahaja sukar untuk kita mengenalinya, kerana mengikut kebiasaannya orang-orang yang telah sampai keperingkat mukasyafah ini, telah terkeluar dari lingkaran kemegahan duniawi. Dalam pada itu mestilah melalui peringkat-peringkat dzikir dan amalannya (mengikut kaedah yang diberikan seorang Guru) kerana ianya merupakan bidang ilmu muamalat. Walaubagaimanapun bacaan-bacaan dari mana-mana kitab sifatnya hanyalah membantu atau memberi lebih pemahaman dalam sesuatu bab tertentu. Ada baiknya setiap muslim yang sedang mencari cahaya kebenaran memiliki buku ini untuk bahan rujukan.

41. FIQH kaum HAWA (hukum fekah khas wanita)
Fiqh kaum Hawa adalah satu-satunya buku yang mengandungi soal jawab, dan beberapa penjelasan tentang beberapa kefardhuan yang harus diikuti oleh kaum muslimat. Penekanan buku ini ialah mengenai hal-hal kewajiban seorang muslimat. Juga ada termuat didalamnya tentang hal faraid (pembahagian harta pusaka yang ada kaitannya) Termuat juga hadist-hadist yang berisikan peringatan kepada kaum Hawa. Bacalah dalam buku ini.

Bahagian “B”
BERIKUTNYA ADALAH BAHAGIAN “B” IAITU SEKERIP-SEKERIP YANG BERLATAR AGAMA dan TERMASUK JUGA SEKERIP-SEKERIP YANG DIMINATI SUKARAMAI

42. HIMPUNAN KISAH BENAR SEJAK ZAMAN NABI saw HINGGA KERAJAAN MELAYU MELAKA
BERGAMBAR (51 SIRI)
Inilah julungkalinya buku komik bergambar yang berlatar sesuatu riwayat atau kisah benar yang berlaku dalam masa zaman Kerasulan Mohammad saw. hingga zaman Kerajaan Melayu Melaka. Bersiri. Semuanya terkumpul 51 siri kisah-kisah benar, yang tidak atau belum pernah terbit sebelumnya baik terbit dimana-mana website internet, ataupun dimana-mana buku. Sangat baik diketahui oleh generasi muda hari ini, sekurang-kurangnya agar mendapat gambaran bagaimana jerih payah perjuangan yang dilakukan oleh sseorang tokoh, yang tidak kenal penat lelah dan adakalanya menghadapi maut demi membela agama dan negara. Ikuti kisahnya bermula siri pertama mengandungi Kisah benar Halimatus Sa’diah ibu susu Nabi memelihara Nabi sejak lahir hinggalah dibedah oleh para Malaikat. Kisah benar kambing peliharaan Halimah berkembang biak sangat cepat dan kekayaan yang diperolehinya. Walhasil banyak sekali kisah-kisah nyata lain yang mempersonakan.
.
43. SEJARAH PERKEMBANGAN THARIQAT YANG MUKTABAR
Perkembangan Thariqat sejak awalnya iaitu di zaman Rasulullah saw. Baginda Nabi saw. menyediakan tempat tinggal yang dinamakan ‘rabat’ bersebelahan masjid. Disitulah Hudzaifah al Yamani dan sahabat-sahabat beliau berteduh. Cara hidup mereka amat sederhana, tetapi jiwanya suci bersih dan memiliki sikap yang sangat berahlak. Mereka kaya dalam kemiskinan. Kemudiannya jamaah perkumpulan ini dipanggil orang ahlul thoriq kerana kemahirannya dalam mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Dari sinilah timbul thariqat Sidiqiyah sempena perjalanan dzikir yang diamalkan orang ketika itu bersumber dari Sayidina Abu Bakar ra. Kemudiannya thariqat Sidiqiyah menjadi thariqat Naqsyabandiyah setelah beberapa abad kemudiannya. Ada juga yang mendakwa bahawa thariqat yang awal di Jazirah Arab ialah Thariqat Syatariah yang bersumber dari Sayidina Ali kw., dan ada yang berpendapat semua Ilmu-ilmu Allah itu bersumberkan dari Sayidina Ali kw, kerana sabda Nabi saw. : “Aku ini merupakan gudang Ilmu dan Ali adalah pintun” Ikuti selanjutnya. Insya Allah menambah khazanah Ilmu anda.

44. PERJALANAN ARIEFBILLAH 11
Kitab ini berisikan ‘asrar’ yakni mengandungi rahsia-rahsia perbendaharaan Ilmu Allah swt. Seseorang yang benar-benar hendakkan nur cahaya kebenaran, sehingga tersingkap tabirnya itu, mestilah menghilangkan ‘aku’ palsunya terlebih dahulu dan menggantikannya dengan ‘aku’ sejati. Aku yang sebenar itu ternyata terang-benderang setelah aku palsunya itu meninggalkan tempatnya. Firman Allah swt dalam surah al-Hasyr 19 (mafhumnya): “Janganlah kamu termasuk orang yang melupakan Allah lantas Allah membalas dengan menjadikan mereka lupa akan dirinya.” Perbincangan ilmu Ariefbillah ini dimulakan dengan dzikir tauhid dan asma yang mampu menghidupkan roh dzikir itu dan terus menjadi asas dalam hidupnya. Kemudian ia mengamalkan dengan konsisten, tidak tengok kiri tidak tengok kanan. Pada masa itulah bercurah-curah ilmu Allah diterimanya melalui kalbunya yang telah disucikan dengan dzikir-dzikir tertentu terlebih dahulu.. Ikuti keseluruhannya dalam buku ini. Insya Allah bermanafaat.

45. LAPISAN-LAPISAN DOSA TANPA DISEDARI
Dalam suatu hadist yang panjang yang diberitakan oleh baginda Nabi saw. kepada Ibnu Masud banyak diantara umat Nabi saw. yang gagal dalam amalan-amalan yang dikerjakannya, ketika harus melalui malaikat-malaikat tertentu yang ditugaskan untuk menapis amalan-amalan setiap orang. Banyak juga diantara mereka yang awal-awal lagi mengalami ‘muflis’ yakni hilang semua amal baiknya dikeranakan adanya perosak-perosak amal yang tidak disedari dan juga kerana sholatnya yang tidak menepati haknya sholat. Dalam buku ini diterangkan secara panjang lebar tentang adanya lapisan-lapisan dosa yang bertimbun kerana dosa-dosa yang dikerjakannya berulang kali setiap harinya tanpa disedari ketika hidupnya di dunia. Seterusnya dosa-dosa itu menjadi lapisan-lapisan tebal yang hitam bertumpuk di dalam hatinya, yang kemudiannya menjadi penghambat bagi seseorang untuk meraih syurga Allah swt. di akhirat nanti. Untuk mengetahui lebih jauh lagi dan cara membersihkannya, sila baca buku ini insya Allah bermanafaat.

46. NATIJATUN NIKAH wa NUJUZ
Kitab ini memberi penerangan tentang Nikah dan hikmah serta tujuannya. Nikah bukanlah bertujuan semata-mata mengikuti sunah tanpa mengetahui apa sunah yang diamalkan dan yang dimaksudkan itu. Apakah semata-mata mengikuti perbuatan sunah tanpa mengetahui natijah atau tujuannya itu dapat digolongkan telah mengamalkan sunnah? Mengapa kekeluargaan Islam pada amnya tidak mencerminkan kehidupan corak Islam, sehinga terjadi ketidak seimbangan antara suami isteri, ketidak seimbangan pandangan atau tidak sehaluan, dan pada akhirnya pernikahan yang menjanjikan sinar kebahagiaan dihadapannya itu boleh jadi kabur dan malah tidak menemukannya. Dalam buku ini diterangkan secara ilmiah mengapa semuanya itu terjadi. Juga mengandungi penjelasan tentang nujuz. Kitab ini baik dimiliki oleh mereka yang akan menjalani pernikahan, semoga menemukan mutiara di dalamnya untuk jadi pengetahuan dan pegangan dalam mengharungi bahtera hidup keluarga agar tIdak terhempas oleh badai kehancuran dalam kekeluargaan yang dibina. Juga baik dimiliki oleh para cendekiawan dalam bidang nikah cerai sebagai bacaan ilmu yang bermanafaat.

47. DALIL-DALIL PERLUNYA THARIQAT 12
Penafsiran kata memerlukan intelek seseorang. Ayat yang menyatakan Dalil-dalil dalam al-Quran untuk mengamalkan Thariqat tertentu (misalnya thariqat Naqsyabandi) memang tidak dijumpai dan tidak ada. Tapi jika penafsiran thariqat itu ialah dengan “ajaran berdzikir” yang diajarkan oleh sseorang Guru thariqat, atau perintah “berdzikir” maka akan banyak sekali dijumpai dalam al-Quran. Dengan demikian dalil untuk mengamalkan dzikir itu secara tidak langsung menjadikan pengamal dzikir itu dimasyhurkan dengan nama Gurunya atau nama kampung Guru itu mengajar dzikir (thariqat). Surah al-Maidah ayat 35, (yang mafhumnya): “ Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah pada Allah dan carilah jalan sehingga mendekatkan dirimu dengan Allah swt.” Juga dalam surah An-Nisa 103 (yang mafhumnya) : “…….Apabila engkau telah tunaikan sholat maka ingatlah akan Allah samada ketika engkau berdiri, samada ketika engkau duduk dan berbaring “ Juga pada surah Ar-Rad 28: (mafshumnya) : “Ingatlah hanya dengan berdzikir mengingati Allah itulah hati akan menjadi tenteram. Juga terdapat banyak disebutkan dalam hadist-hadist sahih sebagaimana yang disabdakan Nabi tentang kelebihan orang-orang yang berdzikir.

48. FITNAH DAJJAL dan KUNCUNYA
Huraian tentang fitnah Dajjal dan Kuncunya dan tanda-tanda atau alamat kemunculannya itu bersamaan dengan perubahan system hidup manusia yang menjurus ke arah menjauhi Syariat Allah swt. System hidup manusiawi yakni suatu system hidup yang sejajar dengan kehendak syariat Islam telah semakin jauh ditinggalkan oleh pengikut-pengikutnya sendiri, diganti tempat dengan system hidup yang diwarnakan oleh kaum kufar. Penguasaannya meliputi bidang fahaman yang bercanggah, mental yang materialistik, dan ekonomi yang kapitalis. Halatuju pemikiran manusia diarahkan semata-mata pada kehidupan duniawi (yang dipenuhi dengan kepalsuan). Penguasaan dari berbagai segi menjadi cita-cita Dajjal, yang kemudiannya mencetuskan suatu keadaan yang tidak menyenangkan manusia sejagat, iaitu berupa fitnah yang dimonitori oleh kuncu-kunnya. Dajjal dipercayai kini tinggal di pulau kecil berhampiran tasik Kinereth (Galilee). Setiap aktiviti bani Adam telah dicemari dengan pola-pola yang menggambarkan arogansi dan keegoan yang dijadikan sebagai perangkapnya. Apabila jentera Dajjal telah banyak menguasai dalam bidang kehidupan manusia, maka tidaklah sukar untuk Dajjal keluar menguasai dunia. Demikian andaian Dajjal yang akhirnya terbunuh oleh Isa Ibnu Maryam dikampung Plout Palestin. Bacalah kisah seterusnya.

49. WASPADA dan SIAP HADAPI FITNAH DAJJAL
Hadist-hadist adanya kemunculan Dajjal di akhir zaman ini, sangat banyak dan bergulir mengalir selaras dengan perkembangan politik semasa di dunia Arab dalam hubungannya dengan Zionist Israel. Sebelum kemunculan Dajjal itu yang dianggap sebagai ‘penolong’ Zionist Israel, Zionist telah membuat jalan laluan kehadirannya itu. Bagaimana Zionist membuat laluan kehadiran Dajjal dan apakah yang dimaksud laluan atau jalan hijau itu, ikuti penjelasannya dalam buku ini. Adalah diharapkan setiap muslim bersiap siaga untuk menghadapi fitnah Dajjal, dengan meperbanyak bacaan ayat-ayat suci Al-quran seperti surah al-Kahfi dan lain-lainnya yang ada kaitannya dengan menepis fitnah Dajjal yang jerat dan laluannya telahpun dirasakan seluruh umat manusia pada hari ini. Semuanya diperjelaskan dalam buku ini.

50. SEPULUH SEBAB TERTOLAKNYA DOA 13
Seorang waliyullah Ibrahim bin Adham (anaknya bernama Ishaq) kertika berjalan ke pasar Baghdad ditanya oleh sekumpulan ulama. Salah seorang ulama mendekatinya dan bertanya:” Wahai Abu Ishaq mengapakah gerangan doa-doa kami tidak makbul?” Kata Ibrahim bin Adham :”Kerana hati kalian telah mati disebabkan 10 sebab. Buku ini memperjelaskan setiap sebab yang disebutkan Ibrahim bin Adham itu secara panjang lebar, sehingga boleh menjadi pedoman bagi setiap pembaca. Buku ini berlatarkan metafizika yang dijadikan amalan harian para auliya Allah pada zamannya Ibrahim bin Adham dalam kurun daulah Abassiyah hinggalah hari ini.

51. MENCARI KEBENARAN dari SEORANG SUNAN
Satu-satunya buku yang mendedahkan rahsia ajaran salah seorang dari Wali Sembilan iaitu Sunan Giri yang banyak kisahnya diceritakan orang, tetapi ilmu dan amalannya tidak tersentuh. Buku ini mengkisahkan bagaimana seorang murid mencari kebenaran melalui guru-guru metafizika, yang pada akhirnya kebenaran itu diketemukan dalam dirinya sendiri

52. Perbezaan Pandangan Antara
HAMZAH FANSURI dan NURUDIEN AR-RANIRI
Buku ini menerangkan perbezaan pandangan antara Ulama Fikah Nurrudin Ar-Raniri dengan tokoh sufi Hamzah Fansuri dan Samsudin Sumatrani. Perselisihan pandangan itu meruncing. Sultan Aceh Iskandar Thani menjatuhkan hukuman berat terhadap Hamzah Fansuri kerana dituduh menganut ajaran sesat– Namun akhirnya Nurrudin Ar-Raniri kalah dalam berdebat dengan anak murid Hamzah Fansuri, yang pada akhirnya Nurrudin kembali ke kampongnya sendiri yang namanya ar-Raniri di India.

53. LAUTAN KATA HIKMAH
Buku yang mengandungi kata-kata hikmah yang sangat berharga. Kata-kata hikmah dalam buku ini sangat baik jika dpersembahkan sebagai hadiah kepada seseorang untuk diingat dan diamalkan dalam mengharungi hidup. Lautan kata Hikmah ini dikumpulkan dari kata-kata orang-orang salih ratusan tahun yang lampau dan ditambah dengan kata-kata hikmah yang telah ditulis dari moyang penulis (dari bani al-Bawazir –kalangan keluarga bani Hayim) yang ada di Jazirah Arab. Penggunaan bahasa Arabnya sangat sederhana berbentuk syair. Lebih dikenali dengan nama syair Abu Amir. Baik dimiliki oleh setiap individu yang berminat samada untuk bacaan atau untuk simpanan perpustakaan.

54. MASYARAKAT BUNIAN - dongeng atau kisah benar?
Takrif Bunian itu setengah jin dan setengah manusia, ini disbabkan oleh perkahwinannya yakni dari ayahnya itu kalangan manusia dan ibondanya itu dari kalangan jin. Terlepas dari percaya atau tidak nyatanya banyak kisah-kisah berkenaan Bunian ini selalu kita dengar. Bahkan Ratu Balqis itu sendiri dikatakan sebagai Bunian. Berkaitan dengan ini Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda : كَانَ أَحَدُ أَبَوَيْ بَلْقِيْسَ جِنَّـيـًّا
(Salah satu dari kedua orang tua Balqis adalah jin)Kemudian, adakah Bunian hari ini ada kaitannya dengan putri Balqis? – Jika benar dimana perkampungan Bunian itu? Bolehkah manusia biasa berhubungan dengan mahluk halus ini? Kisah-kisah ganjil yang ada kaitannya dengan masyarakat Bunian dapat dijumpai dan dibaca dalam buku ini. Mudah-mudahan dengan membaca buku ini maka kepercayaan adanya ghaib, seperti jin, para malaikat dan alam akhirat lebih terserlah dan boleh menambahkan keimanan.

55. INGAT dan WASPADA
(mutiara kata Hikmah)
Ingat dan Waspada yang mengandungi kata-kata hikmah dalam buku ini berasal dari salah seorang murid Syeikh Siti Jenar yang menjumpai salah seorang Kyai Kenamaan yang sedang mengajarkan kandungan Layang Kalimusodo. Kandungannya banyak menekankan agar setiap manusia menjaga sholat dan ahlak yang terpuji. Sangat baik untuk bacaan muda mudi agar sekurang-kurangnya mengenal bagaimana wasiat sholat yang diajarkannya itu, dan didikan ahlak yang bagaimana yang harus dianuti, agar ingat dan waspada menjadi pegangan, al-Quran menjadi anutan dan Sunahnya menjadi lakuan. Bacalah selengkapnya.

56. KUNCI REZEKI dan JODOH
Kitab kunci rezeki dan jodoh adalah suatu kitab yang ditunggu-tunggu penerbitannya oleh mereka yang tersepit rezekinya, dan juga kalangan kaum muda-mudi yang berada diambang pintu pernikahan tetapi belum ditakdirkan masanya. Insya Allah buku ini akan membantu bagaimana cara-cara mendapatkan murah rezeki mengikut yang disabdakan Nabi saw. juga bagi mereka khususnya yang belum dapat jodoh. Dalam buku ini ditulis beberapa doa-doa mustajab sebagai kunci untuk mengatasi masalah rezeki dan jodoh yang dihadapi sseorang.

57. AMALAN PARA WALI SONGO
Walisongo sebutan yang kita selalu dengar-dengar itu bermakna Wali sembilan. Amalan setiap wali dalam walisongo itu digambarkan dalam satu nyanyian rakyat yang diciptakan oleh salah seorang wali ketika itu (awal abad ke 15) dalam bahasa Jawa, sehingga penduduk di Pulau Jawa mudah untuk menerima dakwah para wali ketika itu. Nyanyiannya itu : Bocah angon-bocah angon penekno belimbing kuwi – Sing ijo royo-royo……begitu seterusnya. Maksudnya : Hai anak gembala, anak gembala = Panjatlah dipohon itu – Ambil buah belimbingnya yang hijau besar……..Nyanyian ini bermaksud hendaknya seseorang berusaha untuk mengamalkan sholat sebaik-baiknya. Buah belimbing (five star) ibarat cahaya itu keluar bagai bintang lima. Lima kerana sehari semalam wajib mendirikan sholat lima waktu. Bagi para wali sholat itu jadi cahaya disisi Allah dan sebagai cermin disisi Nabi saw. terhadap umatnya. Ikuti selengkapnya amalan para walisongo untuk menempa sholat lebih bermutu

58. APA yang kau minta?
ILMU HURUF ‘BA’ Tuanku kata Sunan KALIJAGA
Pada suatu hari Sunan Bonang melakukan perjalanan bersama dua orang anak muridnya pergi ke Demak, melewati melewati hutan yang bernama hutan Roban yang sunyi dan amat berbahaya bagi sesiapa yang melintasnya. Selain tempat itu sunyi juga dikenal banyak perompaknya. Ketika kumpulan perompak sedang berteduh dibawah pokok rindang tiba-tiba datang tiga orang yang sedang berjalan. Ketua perompak itu bersama-sama kawan-kawannya, memberhentikan Sunan Bonang bersama anak-anak muridnya. Mereka dimnta meminta semua barang-barang (harta benda) dan wang yang dibawa. Sunan Bonang tersenyum, dan berkata “Itu yang dibelakangmu lebih berharga dari pakaian dan sedikit harta anak muridku.” Ketika ketua perompak itu menoleh kebelakang ternyata buah pinang yang telah menjadi emas bergantungan. Dalam hati perompak itu berkata: “Sampai bila aku nak buat kerja macam ni” “Inilah masanya untuk berhenti dan bertaubat” Maka ketua perompak itu berkata:”Hamba tak mau barang-barang ini semua. Terimalah kembali Tuanku.” Kata Sunan Bonang:”Habis apa yang kau kehendaki?” Jawab Ketua Perompak:”Ilmu Tuanku” Kata sunan Bonang Ilmu apa?” Jawabnya:”Ilmu Huruf BA tuanku. “Kalau begitu ikutlah bersama kami ka masjid Demak. Insya Allah disana kalian akan kuperkenalkan dengan para santri, dan ilmu yang kau cari itu tidak lama lagi akan kau akan miliki.” dengan izin Allah, ketua perompak dan kawan-kawannya menjadi santri yang zuhud. Ikuti kisah benar ini dan apakah rahsia ilmu huruf Ba itu. Dapatkan buku ini setelah diterbitkan nanti.

59. CABARAN KEHIDUPAN MUDA-MUDI
(Tuntutan pergaulan muda mudi)
Cabaran kehidupan muda-mudi hari ini semakin mencabar, bahkan sesetengah para ahli filosof Islam mengatakan cabaran yang ada sekarang ini dalam keadaan kritis dan membahayakan. Kritis kerana akalnya tidak mampu untuk memberi penerangan, membahayakan kerana perilakunya yang sumbang menyebabkan intuisi kekeluargaan semakin pudar dan makin jauh dari cahaya kebenaran. Maksud cahaya kebenaran ialah cahaya Iman yang sampai ke peringkat makrifat. Maka sudah sampai masanya pendedahan adanya cabaran yang tidak dirasakan atau tidak difahami itu diperjelaskan. Buku ini memberikan scara rinci asal-usul dan sebab musabab perkara ini (cabaran kehidupan muda-mudi) yang harus difahami oleh segenap lapisan masyarakat, agar jatidiri setiap remaja di negara Malaysia ini yang dapat dikekalkan dan terselamat dari ancaman retaknya kekeluargaan.

60. DOA dan AMALAN YANG TERSIRAT
Doa merupakan senjata orang mukmin, dan amalan merupakan “af’al” yang dariNya seseorang yang berdoa itu terkabul doanya. Namun demikian, berdoa itu mestilah kena gaya dan syarat-syaratnya agar doanya itu dimakbulkan. Terlebih baik jika seseorang itu mengetahui dari apa-apa yang tersirat dari bacaan doanya itu, agar supaya tajam doanya itu. Sebagai contoh orang menyebut Bismillahirohman nir Rokhim. Bi dalam Bismilah itu menuntut agar si pembacanya itu menjadi bagi pihak Allah. Pangkat bagi pihak ketua sesuatu jabatan pun sudah tinggi. Maka tuntutan sifat kasih sayang itu mestilah difahami dan diresapi, seterusnya mudahlah diamalkan kerana tahu hujung jatuh yang tersirat dalam bacaannya itu. Seolah-olah ada suatu perintah :”Mu ini mestilah jadi orang yang belas kasih. Begitu pula doa-doa lainnya, pastilah ada yang tersirat di dalamnya. Buku ini mengajak anda untuk meneroka dari apa-apa yang tersirat dalam kita berdoa. Insya Allah dengan mengetahui titik temu yang tersirat itu akan mudahlah doa dimakbulkan Allah

61. IKHTIAR MENGATASI KEMANDULAN
Tiap sakit itu ada ubatnya. Demikian maksud hadist. Mandul merupakan jenis penyakit yang amat meresahkan baik dialami kaum wanita atau kaum pria. Biasanya yang mandul itu kaum wanita. Dalam buku ini diterangkan beberapa ikhtiar untuk mengatasi kemandulan baik secara ritual agama dengan bacaan-bacaan ayat-ayat tertentu dari Kitab Suci al-quran, atau dengan nazar atau dengan rempah ratus akar-akar dan dedaunan yang biasa disebut sebagai ikhtiar secara tradisionil. Selamat membaca.

62. AMALAN IBU MENGANDUNG
Kaum ibu yang mengandung dinasihatkan sejak kandungan muda lagi mengamalkan petua membaca bacaan wirid khusus, agar yang dikandungnya itu selamat, tidak mengalami gangguan ibnu Sibyan iaitu mahluk halus yang suka mengganggu ibu-ibu hamil. Juga agar kelak dapat melahirkan anak yang sholeh/sholehah. Caranya buatlah waadat ketika masih belum dituliskan nasib baik buruknya, iaitu ketika sebelum usia janin 135 hari dengan memberikan namanya sekali ketika itu. Insya Allah dengan petua ini anak yang dilahirkan itu yang diharapkan orang tua apabila si anak membesar.

63. SIFAT 20 KITA dan SIFAT 20 ALLAH
Sifat 20 bagi Allah merupakan pengajian Asas tauhid bagi setiap mukmin. Ianya penting diketahui agar setiap muslim, tidak bersalahan dalam pengenalannya terhadap Allah swt. Sifat 20 yang diasaskan oleh Tokoh Suni Asyari (257 – 303H) kerana ketika itu terdapat banyak firqah yang menyalahi dengan sifat-sifat Ketuhanan. Perbezaan pendapat tentang zat Allah manjadikan perpecahan akidah yang serius dari zaman ke zaman. Maka benarlah apa yang pernah disabdakan Nab saw. bahawa baginda bersabda (mafhumnya) :”Umatku berpecah 73 golongan semuanya masuk neraka kecuali AHAD (satu)”. Buku ini menerangkan sifat-sifat Allah tersebut secara detail. Walaiubagaimanapun adalah terlebih utama jika sebelum mempelajari dan mengenal sifat Allah yang 20 itu, mempelajari Sifat 20 kita sebagai makhluk Allah. Dengan pengenalan sifat 20 kita dan sifat 20 Allah maka, nyatalah kebesaran Allah itu dan semakin jelaslah apa yang dimaksudkan sifat Nafsiyah (wujud) bagi Allah. Untuk slanjutnya bacalah buku ini, semoga menjadi bacaan yang bermanafaat. Kemudian sifat kita yang 20 itu perlu dipelajari kerana ianya menerangkan kejadian bani insan sejak alam azali, sehingga bapak mengandung terlebih dahulu 40 hari dalam tulang sulbi, yang kemudiannya terpancut dalam alam rahim. Sifat 20 kita dimulakan dari lima unsur kejadian bani insan, iaitu dari ibu dan bapa, dari malaikat dari Nabi saw. dan dari Allah swt. Menarik untuk diketahui para pembaca sekalian

64. HAKIKAT 9 PARA WALI (WALISONGO)
Wali songo atau wali 9 itu menunjukkan adanya jumlah 9 wali yang bergiat aktif dalam perkembangan agama Islam di Jawa. Walaubagaimanapun ada yang menduga bahawa angka sembilan adalah suatu simbolik kerana jumlahnya wali yang datang ke Tanah Jawa itu lebih dari sembilan. Terlepas dari fenomena simbolik atau bukan, penulis mengetengahkan hakikat 9 para wali itu ada kaitannya dengan 9 kali syahadat dalam sehari semalamnya. Apakah benar atau tidaknya biarlah para pembaca sendiri yang menilainya. Sila ikuti penjelasan lebih jauh dalam buku ini. .

65. MENGUSIR JIN KAFIR dan MEMBENTENGINYA 17
Buku ini menerangkan bahayanya jin kafir kepada sesetengah orang yang lemah iman atau lemah semangatnya sehingga mudah terasuk oleh jin kafir itu. Melalui buku ini seseorang yang terasuk itu boleh dhilangkan dengan cara menghalau atau mengusir jin itu, dengan wirid dan bacaan ayat-ayat suci yang terdapat dalam al-Quran. Selain mengusir jin kafir tadi, usaha untuk membentenginya juga boleh didapati dalam buku ini. Sangat baik dibacakan orang tua untuk anaknya yang masih kecil, agar terjauh dari jin yang suka mengganggu anak kecil iaitu jin Abi Sibyan yang pernah disabdakan Nabi saw. Juga termasuk didalamnya bacaan atau wirid tertentu bagi menghalang atau membentengi jin-jin kafir berkeliaran sekitar rumah, sekitar dusun yang boleh menimbulkan suasana kampung tidak tenteram.
Saiz 21X14.5cm tebal l.k. 150ms harga tanpa loyalty+design kulit RM.3000

66. ETIKA NASIHAT SEBELUM AKAD NIKAH
Bagi bakal-bakal pengantin yang akan menjalani lembaran hidup baru, sangat penting mengetahui beberapa etika sebelum akad dilakukan. Hal ini penting kerana masalah pernikahan adalah masalah pembentukan keluarga baru. Pembentukan keluarga baru memerlukan bukan sahaja pengertian bersama, tetapi lebih jauh dari itu ada lagi yang lebih penting diketahui, agar pernikahannya itu mendapatkan ridho Allah, mendapat restuNya dan selamatlah di dunia sampai di akhirat. Untuk mengetahuinya rahsia apa yang harus dimilikinya sebelum pernikahan itu. Memanag banyak sekali yang harus diketahuinya, sebab nikah itu bukan sekedar kahwin, dan kahwin itu bukan sekedar nikah. Keduanya berbeza tapi sama. Maka harus difahami apa itu kahwin dan apa itu nikah secara mendalam. Ikuti kandungan buku ini.

67. URI – PLASENTA
(hubungannya dengan 4 saudara kembar)
Uri ertinya lapisan demi lapisan yang terdapat pada lapisan janin dalam rahim ibu. Lapisan-lapisan ini disebutkan dalam al-Quran pada ayat ke 6 surah az-Zumar yang mafhumnya:”Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian (penzahiran demi penzahiran) di dalam tiga kegelapan (tiga lapisan kegelapan).” Lapisan-lapisan itu dinding abdomen, dinding uterus dan lapisan amnion yang kesemuanya mempunyai tugasnya, masing-masing untuk perlindungan dan pertumbuhan janin selama dalam kandung rahim ibu. Sebab itulah lapisan uri ini disebut saudara kembar bayi, kerana perkhidmatannya ketika bayi berada dalam rahim ibu. Kecermatan dan Ketelitian orang-orang dulu menghasilkan satu ilmu tertentu yang dinamakan Ilmu 4 saudara kembar. Ikuti keunikan hubungan uri dengan dirinya sendiri atau tuannya.

68. PETUA MENDIDIK ANAK (DUA JALUR)
Anak merupakan amanah dari Allah swt. yang berat. Ibu bapa yang gagal dalam mendidik anak keaarah jalur yang betul mengikut kehendak Nabi saw. akan mengalami kerugian sejak di dunia lagi, yakni merasakan kepahitannya. Siapa sebenarnya yang bertanggung jawab. Sebenarnya kalau hendak cari siapa yang bertanggung jawab, sangat rumit untuk diterangkan, ibarat benang yang sudah sangat-sangat tersimpul yang payah dibetulkan. Juga ibarat seseorang yang berpenyakit macam-macam dalam tubuh badannya. Sudah barang tentu sukar diubati, bahkan boleh jadi akan binasa diri. Kita menengok kebelakang pantun lama orang Perak, katanya : Pulau Katak Pulau Pangkor
Nampak dari Pulau Sembilan
Tahu meletak tak tahu mengator
Badan binasa sepanjang zaman

Dari pantun lama orang Perak diatas, nampaklah dengan jelasnya bahawa kesalahan mendidik anak itu bermula dari ibu bapa dalam erti ‘acuannya.’ Jika acuannya elok maka eloklah bakal benih yang menjadi janin yang seterusnya menjadi anak. Elok disini mengandungi ilmu yang ada kaitannya dengan Allah swt. yang mana sebaiknya diketahui sebelum akad yakni siapa sebenarnya “aku”yang diucapkan dalam aqad nikah itu nanti. Jika anda tidak tahu siapa “aku” ketika mengucap “ aku terima nikahnya….”, alamat sukarlah untuk mendidik anak-anaknya nanti. Ini sejajar dengan sabda Nabi saw. yang mafhumnya “Anak itu fitrah sejak lahirnya dan ibu bapaklah yang bertanggung jawab mewarnakan anak itu. Dalam konteks ada kesilapan dalam mendidik anak itu, Islam masih memberi ruang untuk memperbetulkannya. Huraiannya itu panjang lebar. Baca sahaja dalam buku ini jika sudah diterbitkan. Insya Allah berkesan

69. HIKAYAT YANG MEMPERSONAKAN ( DARI SABDA NABI saw.)
Hikayat yang mempersonakan diambil dari hadist-hadist yang disabdakan Nabi saw. Setengah kandungan kisahnya amat menarik, dan dapat dijadikan sebagai suri teladan, dan setengah yang lainnya itu banyak kisah-kisah yang mengandungi ilmu dan hikmah. Antaranya:
Kisah Malaikat mengelilingi Arsy tujuh kali. –
Nabi Musa dan Lelaki yang sesat –
Kisah Ibrahim bin Adham –
Kisah seekor burung pipit dengan sayidina Omar al-Khatab ra –
Kisah Maisarah bt Khunais –
Kisah Abdullah bin Mubarak dengan Bahram seorang Majusi –
Kiah taubatnya seorang Perompak –
Tangisan para sahabat Nabi saw. –
Keadaan manusia di akhir zaman –
Musa akan dibunuh oleh Firaun –
Kisah Halimatus Sa’diyah yang diberi Keberkahan rezki –
Kisah Urainab mempersonakan Yazid –
Kisah pemuka kaum wanita yang berjuang –
Hukuman orang yang putus Rahmat –
Kisah Ali kw. dan lelaki tua Nasrani –
Kisah kesaksian tujuh batu –
Kisah Abu Bakar memeluk Islam -
Kisah putusnya kepala dari tubuh badan yang mengucap kalimah dihadapan Kaisar Romawi
Kisah Khadijah Khuwailid dengan pembantunya Nafsiah -
Antara iman dan kasih sayang seorang ibu -
Anugerah kemuliaan dari Allah swt. dikala usia tua –
Antara orang yang berilmu dengan orang yang taqwa –
Kesedihan yang membawa Kegembiraan –
Penderhaka yang masuk Syurga -
Bergesernya Hajar Aswad –
Kisah Islamnya Suraqah –
Kisah ramalan Rasulullah atas syahidnya seorang jin nama Saraq –
Keutamaan ayat Kursi dan surah Ikhlas –
dan lain-lain masih banyak lagi.

70.“INSTINK”.(MANUSIA dan QUDRAH)
Pada suatu hari penulis berjalan-jalan pagi dikawasan lapangan yang hampir-hampir melingkar berbentuk bulatan. Disitu terdapat ramai orang yang joging dan berlari-larian sederhana. Apa yang menghairankan “boleh dikatakan mengapa mereka saling searah yakni bergerak mengelilingi kawasan lapangan tersebut, sebagaimana pergerakan fitrah kita masa bertawaf” Dari sini kemudioan penulis mendapati banyak lagi yang serupa demikian tapi tidak sama. Pastinya ada ilmu disebalik itu jika mahu diterokai Inilah satu-satunya buku bacaan sukaramai berilmiah terkini kandungannya, yang merupakan penemuan-penemuan ilmiah sains terbaharu yang berada disekitar kita. Kita terkadang tidak sedar bahawa kita adalah robot yang diberi kuasa memilih oleh Penciptanya. Disamping itu kita juga terkadang tidak sedar bahawa kita adalah majezi atau bayangan. Oleh kerana manusia mengemban amanah yang berat, dimana para malaikat, gunung-ganang. Lautan dan matahari serta semua mahlukNya tidak sanggup menerima amanah yang ditawarkan waktu dalam azali tempo dulu, namun manusia menerimanya, sehingga para malaikat bersikap kritis kepada Allah swt. Kemudian Allah swt murka : “Kalian para malaikat tidak tahu yang Aku tahu” Maka para Malaikat bersepakat memohon ampunan dengan bertasbih mengelilingi Arsy tujuh kali, yang pada akhirnya diampuni Allah swt, dan perlakuan malaikat itu menjadi isyarat agar manusia yang penuh dengan dosa ini, agar bertawaf mengelilingi kabah tujuh kali. Inilah yang tersirat dalam tawaf itu yaitu agar Allah swt memberikan ridho dan keampunanNya. Sangat menarik terdapat lebih dari limapuluh amalan yang tersirat yang merupakan penemuan terbaharu dari penulis sebagai instink (fitrah semula jadi) manusia dan qudrahNya. Baik dimiliki dan diketahui kandungannya oleh setiap ilmuan dan para cerdik pandai muslim samada dijadikan sebagai bahan kajian atau sebagai buku bacaan penambah Ilmu.

71. 1000 MIMPI dan MAKNANYA
Mimpi yang benar adalah merupakan pemberitahuan dari Allah swt. melalui jalan mimpi, ia meliputi pemberitahuan tentang nasib, tentang keadaan seseorang saudara mara, keadaan suatu kaum dan negara. Kitab takbir mimpi ini dimulakan dengan penjelasan tentang mimpi yang benar, dan beberapa doa bagi mengatasi mimpi-mimpi buruk. Tanda-tanda mimpi yang mengandungi pemberitahuan yang mempunyai makna tertentu. Buku tabir mimpi ini ditambahi dengan gambar-gambar ikon untuk kemudahan pembaca dalam mencarinya. Semoga pembaca merasa puas.

72. HAID HUBUNGANNYA DENGAN EMOSI (Ibu Rr.Roesniti)
Pasang surutnya haid, yakni adakalanya lambat dan terlalu lambat ataupun sebaliknya adakalanya cepat bahkan lebih cepat (lebih awal) dari masa datang bulan semestinya, menandakan adanya gangguan emosi yang sedang dihadapi.
Mengapa Emosi dapat mempengaruhi perjalanan sirkulasi haid itu berlkait rapat dengan ‘ketenteraman jiwa’ yang dinyatakan oleh pakar paramedik ianya dapat mempengaruhi tekanan dan sirkulasi darah. Dalam pada itu tidak dinafikan unsur pemakanan juga mempengaruhinya. Ikuti selanjutnya

73. KAMUS HARIAN 5 BAHASA (Penulis : M.A. Bawazir: Melayu,Inggeris, Arab
(melayu-inggeris-arab-jerman-jepun) Drs. Soetomo : Jerman, Jepun)
Kamus HARIAN 5 bahasa sangat berguna untuk para jamaah Haji dan mereka yang melakukan musafir (tour) yakni mereka yang selalu bepergian keluar negeri. Pada bahagian akhir buku ini diberi contoh-contoh untuk kemudahan pembaca.

74. KAMUS HARIAN 5 BAHASA (Penulis : M.A. Bawazir : Melayu. Arab, Inggeris, 20
(melayu-arab-inggeris-jerman-jepun) Drs. Soetomo : Jerman, Jepun)
Kamus HARIAN 5 bahasa sangat berguna untuk para jamaah Haji dan mereka yang melakukan musafir (tour) yakni mereka yang selalu bepergian keluar negeri. Pada bahagian akhir buku ini diberi contoh-contoh untuk kemudahan pembaca.

75. KAMUS HARIAN 6 BAHASA
(arab-melayu-china-inggeris-jepun-jerman)
(Penulis : M.A. Bawazir: Arab, Melayu, Inggeris. Drs Soetomo : Jerman, Jepun, Tan Hock Jin : China)
Kamus HARIAN 5 bahasa sangat berguna untuk para jamaah Haji dan mereka yang melakukan musafir (tour) yakni mereka yang selalu bepergian keluar negeri. Pada bahagian akhir buku ini diberi contoh-contoh untuk kemudahan pembaca.

76. BAHASA ARAB LAZIM UNTUK BAKAL HAJI
Kata-kata lazim yakni yang pasti didengar penggunaannya dalam masyarakat Arab merupakan kata-kata yang bakal didengar oleh sesiapapun yang pergi ke negeri Arab. Seperti contohnya :”Ismek” yang dalam bahasa tulisan “Man ismuka” ertinya : Nama awak? (maksudnya siapa nama awak?) dan lain-lainnya. Bagi para bakal Haji amatlah digalakkan memahami kata-kata lazim yang diguna pakai nanti di Tanah Suci, bagi tujuan kemudahan berkomunikasi dalam masyarakat Arab. Sekurang-kurangnya mengetahui lebih awal Kata-kata Lazim itu menjadikan bakal Haji itu duduk lebih seronok disana, dan mudah untuk bercakap tanpa mencari rakan yang menterjemahkan.

77. SOUND THERAPHY BUNYI BURUNG
(rawatan dan pencegahan penyakit dengan bunyi burung)
Percayakah anda bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada hikmahnya? Mengapa diperkampungan orang Melayu zaman dulu-dulu terdapat banyak burung tekukur dalam sangkar, saling bergantungan disekitar rumah mereka? Mengapa tidak kedapatan pada bangsa lain ? Tidakkah anda sedari bahawa burung tekukur ketika berbunyi dan tuannya menikmati “bunyi” burung miliknya itu, terasa oleh pemiliknya suatu ketenteraman? Kalau tidak percaya lihatlah orang-orang dulu (mungkin sekarang masih ada) mana yang ada penyakit macam kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Sesungguhnya bunyi burung tekukur bukan sahaja menjadi hiburan pada pemiliknya ketika berbunyi tapi lebih dari itu. Ianya boleh menurunkan ketegangan fikiran, ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi secara alami, bukan secara kimiawi (sertamerta) yang membawa mudharat. Begitu pula hikmah bunyi burung-burung lain. Sound theraphy tidak menjejaskan sedikitpun terhadap tubuh badan, yakni tidak mengandungi effect sampingan. Sebab itulah hari ini menjadi kajian utama di negara-negara barat dan Eropah bagi mengatasi sesuatu penyakit.

78. 44 RAHASIA DAUN SIRIH 21
Bukan senang hendak tanam daun sireh. Tentu ada petua dan sebab-sebab daun sireh sukar tumbuh jika ditanam. Daun sireh merupakan daun yang istimewa bagi masyarakat Melayu. Ianya bukan sahaja digunakan sebagai daun sireh pinang penguat gigi, pelengkap bagi menjalankan sesuatu hajat yang berkait rapat dengan budaya, dan juga untuk tujuan rawatan tradisionil. Lebih dari 44 macam hikmah tersimpan dalam daun sireh yang pada hari ini telah mulai dilupakan. Dalam buku ini diterangkan satu demi satu, apakah 44 himah dan rahsia yang terdapat dalam kandungan daun sireh. . Semoga buku ini bermanafaaf dan menjadi khazanah bangsa yang perlu dijaga

79. Satera penulisan KHAT – ARAB
Inilah ilmu khat yang berbasik dari sastera penulisan Arab yang juga disebut Sastera Timur Tengah iaitu : – Ilmu khat ini terdiri dari Penulisan-penulisan Khat Naskhi, Khat Riq’i (Riqah), Khat Thuluth, Khat Dhiwani, Khat Farsi Ta’liq, Khat Andalusia, Khath Masry, Khat Raihani, Khat Koufi dan beberapa Khat yang dipengaruhi Khat China, dengan beberapa contoh ayat-ayat. Penguasaan ilmu Khat dapat membantu sebagai pekerjaan sampingan (membuat khat pada papan nipis), yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan.

80. MEMPELAJARI HURUF SANSKRIT (JAWA KUNO)
Sebelum kedatangan Islam di Jawa, pada tahun 574M seoranag Raja India dari Kalingga Ajisaka namanya bersama rombongan pergi ke Negeri Jawa dan menetap disana. Ia membuat banyak candi-candi, dan salah satu usaha Raja Kalingga ini menulis beberapa mentera dalam bahasa Sanskrit. Tulisan-tulisannya itu kemudian dijadikan semacam alat komunikasi pada zamannya itu dikenali dengan Huruf Sanskrit, yakni huruf Jawa Kuno. Bagi sesiapa yang minat dalam bidang ini, bagaimana selanjutnya perkembangan huruf-huruf ini dan bagaimana cara menulisnya, sila dapatkan buku ini Setelah pengenalan huruf, dilanjutkan cara menulis dan membacanya.

Penulis al-Fakir- al-Khaqir-al-Jahilul Muqoshir as-Syeikh Hj. M.A.Bawazir ( al-Hasyimi)